Desakan singkir Amanah, DAP tidak akan berlaku: Nizar

Mohammad Nizar Jamaluddin
Mohammad Nizar Jamaluddin
A
A
A

IPOH - Desakan pihak tertentu supaya Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP disingkirkan bagi memberi laluan kepada pembentukan gabungan baharu kerajaan hampir mustahil untuk berlaku.

Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu hasil persepakatan bersama empat parti yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurutnya, saranan yang ditimbulkan pembangkang itu diibaratkan sebagai mimpi di tengah hari.

“Apakah asas nak mengasingkan DAP dan Amanah. Jika asasnya disebabkan syarat Pas untuk bekerjasama dengan PH (Pakatan Harapan) tanpa ada DAP dan Amanah, saya rasa ini satu kecelakaan kepada negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan yang disuarakan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: