Malaysia buka kedutaan untuk Palestin: Tun M

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

BAKU - Malaysia akan membuka kedutaan untuk Palestin bagi membolehkannya memberi bantuan kepada rakyat Palestin dengan lebih mudah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kedutaan itu akan ditempatkan di Jordan, ketika menyampaikan ucapan kepada para pemimpin dan wakil dari 120 negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada sidang kemuncak NAM Ke-18 di sini hari ini.

"Kami tahu Israel tidak akan membenarkan Malaysia membuka kedutaan di wilayah yang diduduki. Oleh itu, kami akan membuka kedutaan di Jordan," katanya.

Perdana Menteri berusia 94 tahun itu berkata, pembukaan kedutaan itu akan membolehkan Malaysia menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin lebih mudah, walaupun beliau mengakui bahawa Israel akan mencari jalan untuk memastikan tidak ada bantuan yang akan sampai ke Palestin.

"Saya juga ingin membawa sidang kemuncak itu untuk mengenang nasib malang saudara-saudara Palestin kita.

"Palestin masih diduduki oleh rejim yang kejam. Rejim ini terus memperluas penempatan haram di tanah yang dimiliki oleh rakyat Palestin," kata beliau. - Bernama

Artikel Berkaitan: