Zainal Kling beri keterangan di Bukit Aman

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Eksekutif Sekretariat Program Kongres Maruah Melayu, Prof Emiritus Datuk Dr Zainal Kling hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini bagi memberi keterangan berhubung ucapannya pada kongres berkenaan.

Beliau tiba bersama peguam dan wakil kongres, memasuki Bukit Aman jam 10 pagi.

Rabu lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis mengambil keterangan Zainal berhubung ucapannya pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati di Shah Alam, 6 Oktober lalu.

Menurut Huzir, Zainal dipanggil ke Bukit Aman berikutan laporan polis yang dibuat pegawai khas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, baru-baru ini.

Pada kongres itu, Zainal dilapor membuka tirai dengan beberapa kenyataan keras yang menyentuh isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan raja-raja dan kedudukan istimewa orang Melayu. - Bernama

Artikel Berkaitan: