'Beli Maggi dapat garfu dan perencah saja'

Individu terbabit hanya mendapat lapan garfu dengan lima set perencah je namun mee segera tiada.
Individu terbabit hanya mendapat lapan garfu dengan lima set perencah je namun mee segera tiada.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang individu terkejut membeli Maggi 'cup' yang hanya dipenuhi dengan garfu dan perencahnya sahaja namun mee segeranya yang diharapkan didapati tidak ada mencuit hati warganet.

Seorang pengguna akaun @asyraafsyahmi yang berkongsi perkara tersebut di Twitter memberitahu "Kawan beli maggi pedas gila tadi, magginya tiada, yang ada hanya lapan garfu dengan lima set perencah je, magginya tiada, Hahaha, kesian dia.

Perkongsian ciapan tersebut kini mencecah 1,900 ulang kicau dan 980 tanda suka di samping rata-rata netizen terhibur individu terbabit mendapat mee segera tersebut dengan cara itu yang jarang-jarang berlaku.

Asyraf juga turut berkongsi video yang berdurasi 45 saat memaparkan rakannya sedang mengira paket perencah dan garfu yang diletakkan semula dalam cup tersebut.

@ajasheryyy menulis "Ya ALLAH kesian sekali kamu ya. Bagi akaun bank kau sekarang. Saya nak masukkan duit ke akuan awak supaya awak boleh beli satu kotak maggi,".

"Ini jarang-jarang berlaku bro, walaupun kamu tidak dapat magginya namun kamu bertuah sebab tak pernah orang terkena begini. Ini kalau @MaggiMalaysia tahu ni, saya pasti kamu akan dapat maggi baru. Mana tahu dapat sekotak,"tulis @Firdausshah yang berseloroh di Twitter.

Namun perkongsian Asyaraf telah mendapat maklum balas daripada Maggi Malaysia yang memohon maaf di atas perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada pelanggannya

"Kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi. Keselamatan dan kualiti produk merupakan keutamaan Nestlé.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, kami memandang serius setiap maklum balas daripada pengguna. Sila DM nombor telefon anda untuk bantuan selanjutnya.Terima kasih,"tulisnya di ruangan komen Asyaraf di Twitter.