Komik propaganda: Empat individu beri keterangan

Kuan Yew bersama peguamnya Rajsurian.
Kuan Yew bersama peguamnya Rajsurian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Polis telah selesai merakam keterangan empat individu termasuk bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau yang dipanggil ke Bukit Aman berhubung penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ yang didakwa berunsur propaganda, tadi.

Peguam, Rajsurian Pillai berkata, anak guamnya telah memberi kerjasama yang baik bagi melancarkan proses rakaman keterangan.

"Kita berterima kasih kepada pihak polis yang sangat profesional, mereka telah memohon pihak kami menyerahkan dokumen yang boleh membantu siasatan berhubung kes ini," katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Kesemua individu itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jam 2 petang dan selesai merakam keterangan tiga jam kemudian.

Rajsurian berkata, antara yang dipanggil untuk rakaman keterangan adalah pelukis, pengurus komik dan wakil pencetak manakala Kuan Yew pula hadir untuk menyambung rakaman keterangan kepada polis.

"Sebelum ini beliau telah memberi keterangan pertama kepada polis Jumaat lalu namun Kuan Yew telah dipanggil semula untuk menyambung rakaman keterangan," katanya.

Artikel Berkaitan: