Syed Saddiq nafi staf MP Muar minta komisen 30 peratus

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
A
A
A

MUAR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyangkal berhubung dakwaan seorang pembantunya menuntut komisen 30 peratus di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Parit Jawa di sini.

Menurutnya yang juga Menteri Belia dan Sukan, hasil semakan mendapati wanita berkenaan tiada kaitan dengan kakitangannya di pejabat Parlimen Parlimen Muar.

“Selepas buat semakan, individu tersebut tiada kena mengena dengan pejabat saya. Lain kali saya nasihatkan, semak dulu dengan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina berhubung seorang pembantu di pejabat Parlimen Muar yang menuntut komisen 30 peratus di sebuah SJKC bagi pembelian kerusi dan meja untuk sekolah berkenaan.

Menepis dakwaan itu, satu sumber mengatakan bahawa individu dimaksudkan itu adalah syarikat pembekal yang tidak berpuas hati menerima senarai pembelian keperluan sekolah terbabit ekoran tidak mendapat keuntungan.

Bagaimanapun, pihak sekolah yang menganggap individu itu adalah dari pejabat Parlimen Muar menyuarakan tidak puas hati kepada akhbar Bahasa Cina berkenaan.

Justeru, Syed Saddiq meminta supaya akhbar yang bertanggungjawab membetulkan semula laporan berkenaan.

“Terima kasih kepada Sin Chew dan China Press kerana menarik semula kenyataan dan membuat pembetulan kepada artikel ‘pembantu MP Muar minta komisyen 30 peratus’.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun mereka tak namakan saya, tetapi Parlimen Muar dan saya sudah sebati. Tolong bersikap adil dalam laporan,” katanya.

Terdahulu, beliau sudah meminta pegawai di pejabat Parlimen Muar untuk membuat laporan polis bagi menyiasat perkara sebenar.

“Saya masuk politik untuk bersihkan politik. Saya tidak akan lupakan prinsip ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip mengesahkan menerima laporan berkenaan.