Lima maut langgar pagar Istana Besar Johor

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lima lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Kilometer 1.7 Jalan Skudai-Pantai Lido sebelum merempuh pagar Istana Besar Johor, kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Empat mangsa yang maut di tempat kejadian, Liew Hong Jun, 18; Danny Law Yen Pin, 18; Ng Qi En,18 dan Kenny Law Chin Shyuan, 16.

Sementara pemandu kereta berusia 18 tahun yang beralamat di Taman Setia Indah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah, namun disahkan meninggal dunia di zon merah hospital.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kemalangan berpunca apabila kereta dipandu terbabas melanggar tembok pembahagi jalan.

"Kereta dinaiki lima mangsa menghala ke Skudai itu terbabas lalu langgar tembok pembahagi jalan sebelah kanan kemudian masuk ke laluan bas yang bertentangan.

"Bas dipandu lelaki berusia 60 tahun dari arah Skudai menghala ke Pusat Bandar. Akibat kejadian itu, kereta mangsa berpusing dan terlanggar pagar Istana Besar Johor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, permukaan jalan di lokasi kejadian didapati basah dan licin selepas hujan.

Sementara itu, proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Aminah jam 12 tengah hari tadi.

Artikel Berkaitan: