Enam pusat pemindahan banjir dibuka di Johor

Anggota APM Johor meninjau kesan banjir di kawasan yang terjejas hari ini. - Foto APM
Anggota APM Johor meninjau kesan banjir di kawasan yang terjejas hari ini. - Foto APM
A
A
A

JOHOR BAHRU - Enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor selepas enam kampung di daerah Pontian dan Johor Bahru dilanda banjir sejak kelmarin.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata, enam kawasan terjejas melibatkan lima kampung di Pontian dan sebuah kampung di Gelang Patah.

"Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 510 mangsa terjejas daripada 111 keluarga dan enam PPS dibuka.

"Jumlah ini meningkat berbanding malam tadi yang mana 47 keluarga direkodkan terjejas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chen Choon berkata, di Pontian sebanyak lima kampung terjejas iaitu Kampung Parit Basilam, Kampung Maju Jaya, Kampung Melayu Batu 30, Kampung Ulu Pulai dan Kampung Seri Bunian.

"Seramai 30 mangsa ditempatkan di Madrasah Parit Basilam, di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Hj Adnan seramai 61 mangsa dan di SK Seri Bukit Panjang 72 mangsa.

PPS di Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai, Pontian yang dibuka tengah hari semalam. - Foto APM Joho
PPS di Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai, Pontian yang dibuka tengah hari semalam. - Foto APM Joho

"Sementara 77 lagi mangsa ditempatkan di Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai dan 75 mangsa di Kampung Sri Bunian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, seramai 195 mangsa daripada 40 keluarga ditempatkan di SK Kampung Pulai, Gelang Patah sejak dibuka pada jam 2.45 petang semalam.