Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad dinaik taraf

Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad dinaik taraf. Foto Agensi
Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad dinaik taraf. Foto Agensi
A
A
A

DUBAI - Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Qatar, Arab Saudi akan dinaik taraf bagi mengendalikan lebih 60 juta penumpang setahun selepas 2022.

Menurut kenyataan lapangan terbang utama Qatar itu, seramai 34.5 juta penumpang dikendalikan pada 2018.

Menurut laporan, kapasiti lapangan terbang akan meningkat kepada lebih 53 juta penumpang setahun menjelang 2022 apabila negara Teluk itu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA.

Pembinaa fasa pertama membabitkan perluasan pembinaan yang menghubungkan ruang D dan E, bermula awal tahun depan.

Manakala fasa kedua, di mana lapangan terbang itu dapat mengendalikan lebih dari 60 juta penumpang, akan bermula pada 2022 atau selepas melihat perkembangan fasa pertama di D dan E.

Perkembangan itu juga meliputi 11,720 meter persegi di ruangan peruncitan serta makanan dan minuman, taman dalam bangunan seluas 10,000 meter persegi dan lain-lain 268 meter persegi.

Terminal kargo baru juga akan dibina bagi meningkatkan kapasiti kepada anggaran 3.2 juta tan setahun menjelang 2023.

Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad dibuka pada 2014 dengan kapasiti 30 juta penumpang setahun, menggantikan Lapangan Terbang Antarabangsa Doha.- Agensi

Artikel Berkaitan: