Kenya lancar bank susu ibu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NAIROBI - Bagi menggalakkan kempen penyusuan susu ibu, Kenya melancarkan bank susu ibu pertama negara itu bagi membantu ibu yang tidak dapat menyusukan bayi sendiri.

Laporan Reuters, Kementerian Kesihatan dan Pusat Penyelidikan Penduduk dan Kesihatan Afrika menubuhkan bank susu pertama di Hospital Bersalin Pumwani di Nairobi.

Jurucakap pusat kajian, Elizabeth Kimani-Murage, berkata, projek perintis itu bakal menjadi pelopor kepada negara lain sekiranya mahu melaksanakan bank susu ibu.

Ketua unit jururawat, Faith Njeru berkata, setakat ini, seramai 75 bayi menerima susu ibu daripada 400 penderma.

"Kebanyakan ibu tidak dapat menyusukan bayi mereka kerana sakit dan tidak boleh mengeluarkan susu atau masalah penyalahgunaan bahan.

"Justeru, saya dan pasukan perlu memberi pendekatan lebih selesa kepada orang ramai mengenai idea mendermakan susu ibu itu demi membantu bayi menerima susu ibu yang terbaik," katanya.

Artikel Berkaitan: