One2 4U2C meninggal dunia

One2 - 4U2C
A
A

BEKAS anggota kumpulan 4U2C, One2 dilaporkan telah meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital hari ini.

Berita sedih tersebut dikongsi Datuk AC Mizal yang juga merupakan anggota kumpulan yang sama, menerusi Instagramnya hari ini.

“Salam semua, baru dapat berita bahawa sahabat saya, ahli kumpulan saya 4U2C baru jer meninggal dunia.

“Sedih teramat aku bro dengan pemergian kau. Teringat aku zaman kita dulu 4U2C. Allah lebih menyayangi kau. Semoga kau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

“Saya mohon pada semua, sama-samalah kita sedekahkan Alfatihah buat Arwah. Tenanglah kau di sana Wan2. Love u buddiess,” tulisnya yang sempat menziarahi arwah ketika sedang kritikal di hospital.

Terdahulu sebelum itu, AC menerusi Instagramnya semalam berkongsi keadaan terkini One2 dan memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat sahabatnya itu.

One2 atau nama sebenarnya Nirwan Irwan bersama tiga lagi anggota baharu menyertai 4U2C selepas kumpulan rap terkenal era 199an itu berpecah. One2 bersama 4U2C (batch kedua) sempat merakamkan sebuah album berjudul Kembalilah Fiona.