Dua PPS masih dibuka di Perak

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Seramai 272 mangsa membabitkan 80 keluarga masih ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Batang Padang dan Hilir Perak berikutan banjir, setakat jam 6 petang hari ini.

Jumlah itu menunjukkan pengurangan selepas dua PPS iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Malau, Lenggong dan Surau Kampung Jawa Trong, Taiping ditutup sepenuhnya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan berkata, daerah Hilir Perak mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 191 orang daripada 53 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan.

"Kawasan yang terjejas adalah Kampung Batu 9, Kampung Batu 7, Lorong Mesra Batu 7 1/2, Batu 8 di Lorong Sidang Osman dan belakang klinik desa,” katanya.

Menurutnya, jumlah mangsa yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Klah Baru, Sungkai adalah kekal seramai 81 penduduk membabitkan 27 keluarga.

Artikel Berkaitan: