LTTE: Polis tidak bertindak semberono

Abdul Hamid dan Rozali menyaksikan penyerahan sumbangan penajaan pada Majlis Pelepasan Konvoi Ride Bersekutu Vol 4 2019 (RBV#4) di Dataran Puncak Alam hari ini.
Abdul Hamid dan Rozali menyaksikan penyerahan sumbangan penajaan pada Majlis Pelepasan Konvoi Ride Bersekutu Vol 4 2019 (RBV#4) di Dataran Puncak Alam hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Penahanan 12 individu yang dipercayai terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidak berunsur politik, kaum dan agama, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Menurutnya, tangkapan itu berdasarkan bukti kukuh selepas menerima pendapat Jabatan Peguam Negara.

"Kita tidak bertindak semberono. Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman begitu konsisten dengan tindakan yang diambil berdasarkan semua bentuk ancaman. Apabila mempunyai bukti, kita berinteraksi bersama Jabatan Peguam Negara sama ada dengan bukti itu boleh ambil tindakan atau tidak.

“Kes LTTE sudah disiasat sejak November tahun lepas. Selepas siasatan kita mendapat bukti dan memutuskan tindakan diambil ke atas mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Konvoi Ride Bersekutu Vol 4 2019 (RBV#4) di Dataran Puncak Alam di sini hari ini.

Abdul Hamid akui terkilan kerana ada pihak tertentu yang mengaitkan tangkapan berkenaan dengan politik.

Beliau turut memberi jaminan bahawa hak sebaiknya kepada tahanan yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan dipelihara.

“Mereka diberi hak untuk mendapatkan khidmat peguam dan keluarga dibenarkan melawat serta tempat tahanan dipasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan berlaku dakwaan seperti seksaan.

"Setiap pergerakan akan dicatat dalam buku rasmi. Saya tidak membiarkan perkara ini (seksaan) berlaku dan mereka ada hak. Sekiranya mereka yakin tidak bersalah, mereka ada hak untuk membawa isu ini ke mahkamah. Saya juga akan memastikan mereka keluar dari mahkamah dalam keadaan sihat,” katanya

Artikel Berkaitan: