Operator kilang maut terjatuh dalam mesin

Mangsa terjatuh dalam sebuah mesin di sebuah kilang memproses bahan plastik di Taman Perindustrian Senai di sini awal pagi tadi.
Mangsa terjatuh dalam sebuah mesin di sebuah kilang memproses bahan plastik di Taman Perindustrian Senai di sini awal pagi tadi.
A
A
A

SENAI - Seorang operator kilang maut selepas terjatuh ke dalam mesin di sebuah kilang memproses bahan plastik di Taman Perindustrian Senai di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, mangsa yang juga lelaki warga Myanmar berusia 31 tahun disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Difahamkan insiden itu berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan mesin seperti kebiasaannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Awang berkata, seramai tujuh anggota dengan bantuan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa ditemui dalam sebuah mesin memproses di kilang berkenaan dipercayai terjatuh,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Mohd Fauzi berkata, bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam mesin berkenaan.

“Kepala mangsa tersepit pada bilah mesin dan bomba terpaksa membuka mesin itu untuk mengeluarkannya,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: