X

Kindly register in order to view this article
!

'Pelajar Oxford pun ikut saluran'

Afifi (tengah) menerima cenderahati daripada Nordin selepas menyampaikan syarahan bertajuk Oxford dan Islam di Auditorium di sini semalam.
A
A

KUALA KANGSAR - Mahasiswa di negara ini perlu lebih beradab dalam menyuarakan pandangan mereka menggunakan saluran yang betul.

Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi al-Akiti berkata, sebarangan nasihat atau pandangan yang mahu diberikan haruslah beradab.

Menurutnya, sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang perlu diambil tindakan dan pelaku harus menerima hukuman di atas perbuatannya.

"Kita ada tempat untuk berikan nasihat, sebagai orang Islam terutamanya, kita ada adab bukan boleh terus mencemuh seseorang, itu bukan cara kita.

"Itu budaya tak sihat yang tak patut ada di negara kita. Kita perlu cakap dengan cara lembut. Janganlah biadab.

"Di Oxford sendiri mereka menyuarakan pandangan mengikut saluran tertentu. Mereka ada jawatankuasa yang boleh terus berhubung dengan senat untuk memberikan pandangan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk Oxford dan Islam pada majlis Nadwah Jumaat Perdana di Auditorium Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan biadab seorang graduan kejuruteraan awam Universiti Malaya yang mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi UM semasa sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59, Isnin lalu.

Hadir sama pada majlis itu, Naib Canselor USAS, Tan Sri Nordin Kardi dan Setiausaha Kerajaan Perak, Zainal Azman Abu Seman.

Afifi berkata, budaya di Universiti Oxford sangat menghormati tradisi dan seharusnya menjadi contoh kepada institusi pendidikan di negara ini.

Dalam pada itu, beliau berpandangan bahawa kebebasan bersuara perlu ada had selaras dengan pandangan dalam Islam.

Afifi (tengah) menyampaikan syarahan bertajuk Oxford dan Islam pada majlis Nadwah Jumaat Perdana di Auditorium Universiti Sultan Azlan Shah di sini semalam.
Afifi (tengah) menyampaikan syarahan bertajuk Oxford dan Islam pada majlis Nadwah Jumaat Perdana di Auditorium Universiti Sultan Azlan Shah di sini semalam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus