Lang Merah mampu tundukkan Tok Gajah

Mukhriz (dua dari kanan) hadir menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Solar Berskala Besar 30 Megawatt Kuala Muda di Lot 322, Mukim Sungai Petani hari ini.
Mukhriz (dua dari kanan) hadir menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Solar Berskala Besar 30 Megawatt Kuala Muda di Lot 322, Mukim Sungai Petani hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Mukhriz Mahathir yakin Skuad Lang Merah mampu menundukkan Skuad Tok Gajah dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia esok.

Menteri Besar Kedah itu berkata, ia berdasarkan momentum pasukan berada pada tahap sangat baik untuk berdepan pihak lawan.

"Pasukan kita memang sudah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran sengit ini, jadi kita mengharapkan kemenangan di pihak kita," katanya semasa menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Solar Berskala Besar 30 Megawatt Kuala Muda di Lot 322, Mukim Sungai Petani hari ini.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kehebatan pasukan Pahang yang mempunyai kekuatan tersendiri, namun semangat 'Pulun Kedah Pulun' yang tinggi dijangka meledakkan kemenangan Kedah di Stadium Darul Aman.

"Saya tak boleh nak meramal berapa gol esok tetapi saya rasa kita boleh menang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aidil jangka Kedah lawan Pahang sengit

Sementara itu, Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata, beliau mengakui pasukannya bakal berdepan satu perlawanan yang sengit apabila menghadapi lawan dibarisi ramai pemain berkualiti termasuk beberapa pemain negara.

Menurutnya, kualiti dimiliki Tok Gajah diakui oleh semua pihak apabila pasukan kendalian Dollah Salleh itu muncul pasukan kedua terbaik Liga Super 2019 selepas kelab JDT.

Artikel Berkaitan:

"Kita tahu kekuatan Pahang, sebuah pasukan yang dibarisi pemain-pemain berpengalaman dan yang paling penting, Kedah perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di Darul Aman walaupun kita sedar perkara ini bukan satu tugas yang mudah," katanya kepada media selepas ditemui di Stadium Sultan Abdul Halim.

Aidil berkata, Lang Merah perlu mendapatkan bekalan sebelum aksi timbal balik di Kuantan pada 26 Oktober depan.

Beliau berkata, setakat ini rata-rata pemain utamanya sedang mendapatkan kecergasan pada tahap maksimum selepas ada dalam kalangan mereka baru sahaja balik daripada tugasan bersama pasukan negara.