X

Kindly register in order to view this article
!

Perkhidmatan kereta api Sungai Gadut beroperasi seperti biasa

Keadaan persekitaran stesen kereta api KTM Sungai Gadut yang dilanda banjir semalam.
A
A

SEREMBAN - Perkhidmatan kereta api di stesen komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) Sungai Gadut di sini beroperasi seperti biasa.

Pegawai Operasi KTM Seremban Bahagian Selatan, Daud Osman berkata, semua perkhidmatan kereta api termasuk kereta api elektrik (ETS) tidak terjejas selepas banjir kilat di kawasan itu lewat petang semalam.

Katanya, perkhidmatan kereta api dan ETS berjalan seperti biasa dan tiada kelewatan jadual perjalanan yang terganggu.

"Bagaimanapun kita sudah maklumkan kepada semua penumpang supaya mendapatkan perkhidmatan komuter di stesen KTM Senawang bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan selain untuk keselesaan mereka,"katanya.

Tambahnya, kejadian berkenaan adalah yang terburuk selepas tahun 2014.

Sebanyak 89 kereta, 28 motosikal dan sebuah lori satu tan terjejas akibat banjir kilat yang berlaku kira-kira jam 6 petang semalam.

Penumpang yang turun di stesen komuter Sungai Gadut semalam dinasihatkan berpatah semula ke Stesen Komuter Senawang berikutan semua laluan keluar masuk ditutup akibat banjir.

ARTIKEL BERKAITAN: Sungai Gadut dilanda banjir kilat

Semua kenderaan yang terperangkap hanya dibenarkan dibawa keluar pagi tadi dengan menunjukkan geran kereta pemilik kepada pihak berkuasa yang bertugas bagi mengelakkan kecurian kenderaan.

Sementara itu, seorang pemilik kereta yang terjejas Norhazni Hamzah,48, berkata, kejadian berkenaan pertama kali berlaku.

Katanya, kereta suaminya banjir dan mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan lori untuk menarik kenderaan yang tenggelam sehingga paras bumbung.

"Suami berulang-alik ke Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan komuter sejak lima tahun lalu.

Saya harap pihak bertanggungjawab dapat bertindak segera bagi memastikan kejadian sama tidak berulang," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!