X

Kindly register in order to view this article
!

Kerjasama UCYP, KIDDOCARE wujud peluang pekerjaan

Dr Ahmad bertukar MoU dengan Nadhira sambil diperhatikan Shahaniza (tengah) selepas termeterainya perjanjian kerjasama di antara kedua-dua agensi itu.
A
A

KUANTAN - Peluang pekerjaan dalam perkhidmatan penjagaan awal kanak-kanak bakal diwujudkan melalui kerjasama antara Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) dengan syarikat penyedia pengasuh secara separuh masa (KIDDOCARE).

Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Wanita negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, UCYP mengambil langkah tepat kerana sektor penjagaan awal kanak-kanak semakin mendapat permintaan daripada masyarakat.

Menurut, perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani mereka mampu membantu masyarakat menjaga anak-anak ketika waktu bekerja.

"Saya percaya melalui MoU ini, UCYP dan KIDDOCARE dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada bakal pelanggan mereka.

"Jadi, saya percaya dengan kemampuan UCYP selain bantuan kepakaran dimiliki KIDDOCARE, pelajar UCYP menjadi pilihan utama majikan sebaik menamatkan pengajian mereka," katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani MoU Antara UCYP dan KIDDOCARE di sini hari ini.

MoU ditandatangani Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP, Tan Sri Noorul Ainur Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif KIDDOCARE, Nadhira Mohd Yusof.

Turut hadir Naib Canselor UCYP, Prof Emeritus Datuk Dr Ahmad Zainuddin.

Shahaniza berkata, kerjasama itu menjadikan UCYP sebagai antara pusat pengajian tinggi sekali gus menjadi contoh dalam penawaran kursus berkaitan penjagaan awal kanak-kanak terbaik di negara ini.

Peluang pekerjaan dalam perkhidmatan penjagaan awal kanak-kanak bakal diwujudkan melalui
kerjasama antara UCYP dan KIDDOCARE.
Peluang pekerjaan dalam perkhidmatan penjagaan awal kanak-kanak bakal diwujudkan melalui kerjasama antara UCYP dan KIDDOCARE.

Beliau yakin sektor ekonomi membabitkan penjagaan awal kanak-kanak ini berpotensi untuk diteroka dengan lebih meluas menerusi kerjasama tersebut.

Sementara itu, Noorul Ainur berkata, buat masa ini terdapat 230 pelajar UCYP sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Jelaanya, pihak UCYP memperkenalkan pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak sejak tahun 2014 manakala pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda pula ditawarkan bermula September lalu.

"Selain itu, UCYP juga memperkenalkan beberapa program baharu berkaitan ilmu psikologi dan pengurusan kanak-kanak istimewa bagi menjadikan pelajar atau graduan kita lebih kompetitif apabila memasuki pasaran kerja.

"Kita bertuah apabila turut menerima pengiktirafan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai agensi bertauliah menjalankan Kursus Asuhan Permata yang disampaikan oleh Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin hari ini," katanya.