Perompak cium dahi warga emas

Wanita terbabit diberi ciuman oleh perompak yang enggan mengambil wang miliknya.
Wanita terbabit diberi ciuman oleh perompak yang enggan mengambil wang miliknya.
A
A
A

BRASILIA - Seorang warga emas diberi ciuman pada dahinya oleh seorang perompak bersenjata dalam satu kejadian di timur laut Brazil.

Sistem kamera litar tertutup (CCTV) di dalam farmasi itu menunjukkan suspek bercakap dengan wanita terbabit manakala rakannya merompak pekerja premis itu ketika insiden di bandar Amarante pada Selasa lalu.

Wanita itu yang tinggal berhampiran farmasi tersebut dengan rela hati mahu menyerahkan wang miliknya.

Perompak tersebut bagaimanapun menepuk bahunya untuk menenangkan wanita itu dan mencium dahinya sambil berkata, "tidak puan, anda boleh duduk diam. Saya tidak mahu wang anda".

Sementara itu, pemilik farmasi itu, Samuel Almeida berkata, perompak terbabit menyerbu masuk premis terbabit dan memaksa pekerjanya menyerahkan kesemua wang.

Menurutnya, mereka melarikan AS$240 (RM1,003) bersama beberapa barangan lain.

Susulan kejadian itu, anggota polis tentera kini sedang giat memburu suspek di kawasan kejiranan terbabit. - Agensi

Artikel Berkaitan: