[VIDEO] Azan 'bawa' hujan padam kebakaran paling buruk di Lubnan

Rakaman azan berkumandang mengiringi hujan lebat tular di media sosial.
Rakaman azan berkumandang mengiringi hujan lebat tular di media sosial.
A
A
A

BEIRUT - Anggota bomba di Lubnan menyifatkan kebakaran hutan yang berlaku di utara dan selatan sebagai kejadian paling buruk dalam sejarah negara itu.

Ketua Pengarah Pertahanan Awam Lubnan, Raymond Khattar berkata, lebih 100 kebakaran berlaku sejak dua hari lalu.

Di sebalik insiden itu, tular video memaparkan rakaman azan berkumandang mengiringi hujan lebat yang dipercayai berhampiran lokasi kebakaran sekali gus memadamkan kebakaran tersebut.

Rakaman durasi 23 saat itu dimuat naik oleh Lebvabt dengan menulis, "Allahuakbar, hujan lebat di Lubnan, dipercayai hampir semua kebakaran telah dipadamkan."

Bukan itu sahaja, beberapa rakaman tersebar memaparkan penduduk berlari menyelamatkan diri dari api besar yang menghampiri rumah mereka.

Kebakaran hutan paling teruk dalam sejarah negara.
Kebakaran hutan paling teruk dalam sejarah negara.

"Ya ALLAH, berdoa untuk Lubnan dan ini adalah bencana paling dahsyat, harap semua berada dalam keadaan selamat, ciap Noor Abdallah di laman mikro Twitter.

Malah para netizen juga mendoakan keselamatan anggota bomba yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran paling buruk dalam sejarah.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, sekurang-kurangnya seorang lelaki maut akibat masalah pernafasan berikutan kebakaran di bandar Aley.

Media Lubnan melaporkan, seorang wanita turut maut selepas berlanggar dengan trak bomba di bandar Sidon, pantai selatan.

Pasukan Palang Merah Lubnan mengesahkan lebih 70 orang dirawat di sebuah hospital di Damour, di mana kebanyakannya berpunca kerana asap serta beberapa kecederaan ringan lain.

Difahamkan, kawasan yang paling banyak terjejas adalah di wilayah Chouf dan Metn, di kawasan pergunungan Lubnan yang dianggap subur.