Stor kilang plastik terbakar

Operasi memadamkan kebakaran masih giat dilaksanakan.
Operasi memadamkan kebakaran masih giat dilaksanakan.
A
A
A

KLANG – Sebuah stor kilang plastik di kawasan perusahaan Telok Panglima Garang di sini musnah dalam kebakaran tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba, mereka telah menerima panggilan kecemasan pada jam 4.54 petang.

Seramai 21 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang, Pelabuhan Klang dan Banting bergegas ke lokasi kejadian.

Laporan awal kebakaran melibatkan sebuah stor kilang berkenaan yang berkeluasan 100 x 200 kaki persegi telah terbakar 80 peratus.

Sehingga jam 6 petang tadi, operasi memadam kebakaran masih giat dilaksanakan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: