'Pickup line' Raja Permaisuri Agong hiburkan netizen

Status Permaisuri Agong hiburkan netizen.
Status Permaisuri Agong hiburkan netizen.
A
A
A

SHAH ALAM - Cinta dan kasih Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kepada Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memang tidak disangkal lagi.

Hari ini, baginda memuat naik status di Twitter dalam nada bergurau "Nama saya Azizah juga, tapi saya kepunyaan Abdullah"

Status itu merujuk kepada gambar baginda berdua namun di sebelahnya adalah Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seperti sedia maklum, Anwar ialah suami kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Coretan mencuit hati itu ternyata menarik perhatian ribuan netizen.

Pemilik Twitter melalui ciapannnya, Lahhamid menulis, "Saya Abdullah, tapi saya kepunyaan Afifah."

Kata Leslie Gail pula,"Bersemut telefon saya dengan 'pickup line' Tuanku pagi ni. Semoga sentiasa dilindungi dan diberi kesihatan yang baik buat tuanku YDPA dan RPA," tulisnya.

Netizen juga menyifatkan perwatakan Raja Permaisuri adalah seorang yang manja, peramah dan kelakar.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, status ini meraih lebih 20,000 tanda suka dari netizen.