Wanita bersalin di tepi jalan

Wanita melahirkan bayi di tepi jalan gara-gara kelewatan penganggutan. - Foto Asirigbakaute
Wanita melahirkan bayi di tepi jalan gara-gara kelewatan penganggutan. - Foto Asirigbakaute
A
A
A

OWERRI - Seorang wanita terpaksa melahirkan anaknya di tepi jalan raya di Kampung Amosu Umulolo gara-gara kelewatan pengangkutan.

Peniaga kecil, Njideka Nnana, 47, ialah saksi awal yang melihat wanita, Uloma Livinus mengalami kesakitan dan berusaha mencari motosikal atau apa jua pengangkutan untuk dikejarkan ke hospital pagi semalam.

"Seorang jururawat kebetulan mahu pergi bekerja membantu wanita itu melahirkan anak di tepi jalan tanah merah. Bagaimanapun bayi itu tidak dapat diselamatkan," katanya.

Seorang lagi saksi, enggan dikenali berkata, kejadian seumpama itu tidak seharusnya berlaku sekiranya pihak kerajaan membina sebuah hospital di kampung terpencil itu, menurut laporan Asirigbakaute.

Maklumat awal mendapati, Uloma mengalami kesakitan untuk bersalin sebelum terduduk di atas jalan raya dan melahirkan bayi cukup sifat itu.

Dia dibantu oleh wanita yang berada di lokasi namun bayi comel yang tidak diketahui jantina itu meninggal dunia kerana kelengkapan perubatan tidak mencukupi.

Artikel Berkaitan: