Pemaju projek pembinaan disaran amal kitar semula

Norlin (kiri) dan Sharifah Zakiah (kanan) pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Alam Sekitar di sini hari ini.
Norlin (kiri) dan Sharifah Zakiah (kanan) pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Alam Sekitar di sini hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Pemaju projek pembinaan dan pihak industri disarankan supaya mengimbangkan alam sekitar dengan melaksanakan amalan kitar semula bahan buangan berjadual.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Norlin Jaafar berkata, ketika ini hanya pihak industri yang memberi perhatian terhadap perkara itu.

“Kita mahu galakkan bahan buangan dari tapak projek dikitar semula daripada dihantar terus ke tapak pelupusan.

“Sebab itu penting untuk industri lihat teknologi terkini bagaimana cara mengurangkan dan memanfaatkan bahan buangan tersebut yang akhirnya dapat memberi manfaat kepada mereka. Sebagai contoh ada bahan buangan itu dapat digunakan sebagai bahan untuk membuat simen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Alam Sekitar di sini hari ini.

Norlin (depan, dua dari kanan) dan Sharifah Zakiah (dua dari kiri) bersama peserta Persidangan Alam Sekitar.
Norlin (depan, dua dari kanan) dan Sharifah Zakiah (dua dari kiri) bersama peserta Persidangan Alam Sekitar.

Selain itu katanya, pemaju projek juga digalakkan mempunyai Pelan Kawalan Hakisan Tanah dan Kelodak sebagai langkah kawalan daripada menyebabkan berlaku masalah hakisan dan kelodakan.

Jelas beliau ini kerana, jika ia tidak diberi perhatian serius akan mengundang kepada masalah pencemaran sungai.

Artikel Berkaitan:

“Ini bukan perkara susah dan kita sentiasa tekankan menerusi JAS dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk atasi masalah pencemaran ini.

“Setakat ini ada pemaju yang akur dan patuhi semua syarat. Pemaju yang belum capai tahap pematuhan yang dikehendaki, perlu tingkatkan lagi,” katanya.

Beliau berkata, sikap merupakan faktor yang menyebabkan ada pemaju yang enggan patuh kerana beranggapan ia bukan penting.

Sementara itu mengenai kebakaran Pusat Kualiti Alam di Sendayan, beliau berkata, bomba mengesahkan ia adalah kemalangan namun pihaknya masih menjalankan siasatan dan pemantauan akan dibuat secara berterusan.

Hadir sama, pemangku pengarah JAS Negeri Sembilan, Sharifah Zakiah Syed Sahab.