Najib dipanggil ke Bukit Aman minggu ini

Najib
Najib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan hadir memberi keterangan di Bukit Aman minggu ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kenyataannya yang berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya telah berhubung dengan Najib bagi membantu siasatan kes tersebut.

"Kor Ming juga akan turut dipanggil untuk memberi keterangan namun tidak memberitahu hari dan tarikh Pengerusi DAP Perak itu akan hadir ke Bukit Aman," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Pada 29 September lepas tular di media sosial mengenai hantaran yang dimuat naik di Facebook ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ yang didakwa mengajak kaum Cina membuat protes berhubung keputusan tidak membenarkan penggunaan tanda jalan dwi-bahasa di Selangor.

Kor Ming bagaimanapun menafikan beliau dan DAP terlibat dalam membuat hantaran itu dan menegaskan akaun itu sebagai akaun palsu yang menyamar mewakili dirinya dan parti itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: