De Gea buat Manchester United pening kepala

De Gea tengah terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan paha pada perlawanan menentang Sweden awal pagi tadi.
De Gea tengah terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan paha pada perlawanan menentang Sweden awal pagi tadi.
A
A
A

PENJAGA gol Manchester United, David de Gea kemungkinan bakal terlepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool selepas mengalami kecederaan ketika mewakili Sepanyol dalam saingan Kelayakan Euro 2020 menentang Sweden, awal pagi tadi.

Ia sekali gus memberikan tamparan hebat kepada The Red Devils yang amat memerlukan khidmatnya dalam usaha memastikan kemenangan ke atas pendahulu EPL itu di Old Trafford, Ahad ini.

Pengendali Sepanyol, Roberto Moreno mengesahkan kecederaan tersebut dan menyifatkan ia kelihatan agak serius dan tidak menolak kemungkinan de Gea terpaksa berehat panjang.

"Dia memberitahu rasa sakit pada paha dan mendapatkan rawatan pada separuh masa kedua dan tetap ingin terus bermain. Tetapi, selepas itu dia tidak dapat meneruskan perlawanan dan terpaksa dikeluarkan.

"Saya tidak dapat memberikan gambaran sebenar mengenai kecederaan de Gea, tetapi nampak serius dan dia akan diperiksa oleh pasukan perubatan United," katanya.

Kecederaan yang dialami penjaga gol berusia 28 tahun itu menambah senarai kecederaan pemain yang melanda United sebelum ini turut kehilangan Paul Pogba, Aaron Wan-Bissaka, Luke Shaw dan Anthony Martial.

Ketiadaan de Gea memungkinkan pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menurunkan penjaga gol simpanan Sergio Romero menentang The Reds dan ia bakal menggusarkan ramai pihak selepas Romero jarang diberikan peluang beraksi dalam perlawanan besar.

Setakat ini, Romero hanya melakukan 46 penampilan sejak menyertai United pada 2015.

Artikel Berkaitan: