Bekalan minyak di seluruh Sarawak cukup

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Bekalan minyak petrol dan diesel di seluruh Sarawak khususnya di kawasan pendalaman mencukupi bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak, Md Nawawi Abdul Rahman berkata, setakat ini pihaknya telah menjalankan 392 pemeriksaan ke atas stesen-stesen minyak di seluruh Sarawak.

“Kita sangat berpuas hati, kapasiti minyak di negeri ini mencukupi untuk dibekalkan kepada pengguna selain mendapat kerjasama yang baik daripada pengusaha stesen minyak,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan di sebuah stesen minyak di Kota Samarahan, di sini, hari ini.

Md Nawawi berkata, sebelum ini telah tular dilaman sosial bahawa bekalan minyak di kawasan Kapit telah terputus.

“Difahamkan stesen yang terputus bekalan itu merupakan stesen minyak persendirian dan bukannya stesen minyak terkemuka negara.

“Bekalan itu terputus akibat masalah penghantaran dimana kos penghantaran bekalan minyak dari Tanjung Manis ke Kapit itu ditanggung sendiri oleh pengusaha. Bagaimanapun masalah tersebut telah selesai,” ujarnya.

Md Nawawi menasihati penggusaha stesen minyak memastikan bekalan mencukupi kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka didakwa mengikut Akta Kawalan Bekalan 1991. - Bernama

Artikel Berkaitan: