95 peratus gangguan bekalan air di Hulu Langat pulih

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Bekalan air untuk 95 peratus pemegang akaun pelanggan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang terjejas ekoran kerosakan sistem elektrikal Loji Rawatan Air Sungai Langat, wilayah Hulu Langat dilaporkan pulih setakat 6 petang ini.

Menurut kenyataan Air Selangor, usaha sedang diambil bagi mempercepatkan pemulihan bekalan di empat lagi kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya termasuk Balakong, Bandar Sungai Long, Bandar Tun Hussein Onn dan Taman Koperasi Maju Jaya.

Kenyataan itu turut memaklumkan bantuan lori-lori tangki air akan terus digerakkan dan Pusat Khidmat Setempat masih lagi beroperasi sehingga bekalan pulih sepenuhnya.

Orang ramai boleh merujuk aplikasi telefon bimbit ‘Air Selangor’ atau laman sesawang www.airselangor.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan status terkini. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air di Hulu Langat