Gangguan bekalan air di Hulu Langat

Kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air
Kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa kawasan di Hulu Langat bakal mengalami gangguan bekalan air susulan insiden kerosakan pada sistem elektrikal Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi Pengurusan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, insiden kerosakan itu menyebabkan lima pam air mentah di LRA berkenaan tidak dapat beroperasi.

"Berlaku penyusutan pengeluaran air sebanyak 180 MLD dari pengeluaran harian sebanyak 470 MLD.

"Pasukan teknikal sedang berusaha mengatasi masalah ini dan meminimakan impak gangguan bekalan kepada pelanggan yang terjejas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Abdul Raof Ahmad
Abdul Raof Ahmad

Menurutnya, bantuan lori-lori tangki air akan digerakkan ke lokasi terlibat dengan keutamaan kepada pelanggan dan premis kritikal.

"Kerjasama dan perhatian pelanggan sepanjang tempoh gangguan sementara ini amatlah dihargai dan mohon maaf atas segala kesulitan," katanya.

Artikel Berkaitan: