The Center sambut baik tambah baik pengangkutan awam

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - The Centre menyambut baik beberapa langkah positif yang digariskan dalam Belanjawan 2020 terutamanya rancangan untuk menambah baik ekosistem pengangkutan awam.

Ketua Pegawai Eksekutif The Center, Dr Idlan Zakaria berkata, subsidi sebanyak RM146 juta yang diperuntukkan kepada pengusaha bas bagi memperbaiki jaringan 'last-mile' adalah langkah yang amat dialu-alukan.

Menurutnya, pelaburan sebanyak RM450 juta untuk bas pacuan elektrik pelbagai saiz juga dilihat sebagai langkah yang positif.

“Situasi ini selari dengan dapatan salah satu tinjauan pihaknya yang menekankan tentang masalah jaringan first-mile last-mile (FMLM).

“Kami berharap peruntukan-peruntukan tersebut akan diiringi langkah-langkah lain bagi menggalak jenis perkhidmatan 'last-mile' yang pelbagai bagi keperluan kawasan- kawasan yang berbeza,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Mengulas lanjut The Center berkata, pihaknya juga berharap data pengangkutan awam ‘real-time’ menjadi pengetahuan umum, bukan sahaja bagi menyenangkan perancangan perjalanan tapi juga bagi membolehkan 'crowdsourcing' penyelesaian masalah jaringan' last-mile' yang inovatif.

Ini kerana katanya, penyelesaian yang inovatif lagi menjimatkan boleh dihasilkan oleh gabungan kerajaan dan komuniti tempatan jika data dikongsi.

The Centre kini dalam usaha merintis sebuah penyelesaian kepada isu ini dan mensasar untuk berkongsikan hasil kajian ini pada awal tahun depan.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama The Canter mengalu-alukan Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lalu namun dengan sedikit persoalan tentang anggaran pendapatan Kerajaan Persekutuan yang agak optimis.

‘Sejauh manakah peruntukan-peruntukan berkenaan dapat memastikan Malaysia berupaya menghadapi cabaran ekonomi dunia yang diramal akan merudum tahun hadapan,” soalnya.

Terdahulu kerajaan berhasrat menyediakan sehingga 500 bas elektrik pelbagai saiz dengan kos RM450 juta untuk pengangkutan awam di bandar terpilih seluruh negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2020 pada Jumaat lalu yang bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’ berkata, usaha itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk menambah baik pengangkutan awam serta mewujudkan bandar bersih dan hijau.