Indonesia bakal bina muzium khas 'Komodo Dragon'

No Image Caption
A
A
A

JAKARTA - Kerajaan Indonesia merancang membuka sebuah muzium khas untuk 'Komodo Dragon' atau cicak gergasi di Pulau Komodo, Manggarai Barat, di wilayah Nusa Tenggara Timur, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Jurucakap daerah, Marius Jelamu berkata, selain sebagai usaha memulihara keindahan pulau itu, ia juga bertujuan menarik pelancong dan sebagai pusat penyelidikan.

Muzium itu bakal dilengkapi kemudahan audio visual untuk membantu pelancong memahami proses pembiakan haiwan berkenaan.

Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat mengenai ekosistem dan biodiversiti di pulau itu, dan dokumen saintifik mengenai sejarah serta tapak pelancongan antarabangsa yang dinobatkan sebagai antara tujuh keajaiban dunia.

Marius berkata, penubuhan muzium itu juga perlu untuk mendidik orang ramai mengenai pembiakan haiwan itu, selain akan menjadi pusat penyelidikan untuk pakar.

Pada 30 September, Indonesia memutuskan untuk membatalkan rancangan menutup pulau itu kerana populasi spesies haiwan jarang ditemui masih stabil. Menurut data kerajaan, lebih 1,700 Komodo Dragon hidup di pulau itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: