5,128 menara dinaik taraf kepada 3G dan 4G

Foto BERNAMA
Foto BERNAMA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menaik taraf 5,128 lokasi menara sedia ada kepada perkhidmatan 3G dan 4G di seluruh negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, sejumlah 51 lokasi menara telekomunikasi pula masih dalam peringkat penaiktarafan termasuklah 15 lokasi di Sabah.

"Selain itu, inisiatif berkaitan peluasan Jalur Lebar Talian Tetap menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan pinggir dan luar bandar. Lebih daripada 620,000 sambungan telah tersedia yang melibatkan penaiktarafan 572 ibu sawat di seluruh negara.

"Manakala baki 60,000 sambungan masih dalam peringkat pelaksanaan yang dijangka siap secara berperingkat pada tahun ini termasuklah lebih 45,000 sambungan telah siap di Sabah dan baki 4,500 sambungan dalam peringkat pelaksanaan," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Arthur Joseph Kurup (PBRS-Pensiangan) berhubung apakah langkah kerajaan untuk memastikan kawasan luar bandar Sabah khususnya kawasan kampung agar tidak terkecuali daripada menikmati talian komunikasi.

Menurutnya, antara inisiatif lain yang dilaksanakan kerajaan untuk menyokong pemberi perkhidmatan untuk menyediakan perkhidmatan 4G adalah projek rangkaian teras gentian optik.

"Di Sabah, sepanjang 1,313 kilometer gentian optik telah siap beroperasi dan digunakan untuk penyediaan perkhidmatan 4G," katanya.

Artikel Berkaitan: