Warga emas mengaku cabul budak 6 tahun

Tertuduh (tengah) membuat pengakuan selepas pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Tertuduh (tengah) membuat pengakuan selepas pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar di sini hari ini atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun.

Tertuduh yang berusia 71 tahun membuat pengakuan itu selepas pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Warga emas itu didakwa melakukan perbuatan terbabit di sebuah kediaman di Taman Derga Jaya di sini kira-kira jam 6.30 petang pada 26 September 2018.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa mencabul kanak-kanak perempuan itu ketika mangsa keluar membeli keropok lekor bersama sepupu yang berusia sembilan tahun dan adiknya berusia tiga tahun.

Tertuduh didakwa telah menarik kanak-kanak perempuan itu dan menyeluk tangan ke dalam seluar mangsa sebelum meramas dan mencubit kemaluannya.

Kejadian berkenaan turut disaksikan sepupu mangsa.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nabilah Md Ruslan.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah menetapkan tarikh 7 November depan untuk menjatuhkan hukuman.