'Dah ramai menteri PH datang guna jentera kerajaan'- Ahmad Maslan

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

PONTIAN - Sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, semakin banyak program melibatkan menteri Pakatan Harapan (PH) diadakan di kawasan ini, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurutnya, hari ini sahaja ada dua menteri mengadakan program berasingan di kawasan itu iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamarudin.

“Kita dah mula lihat ramai menteri datang, mereka kata tak nak guna jentera kerajaan tapi saya yakin mereka akan gunakan. kalau tak, ia memang cerita dongenglah.

“Sudah kelihatan mereka gunakan jentera kerajaan, mereka datang ke sekolah, semua digunakan termasuk nelayan. Para menteri, Exco kerajaan negeri semua dah muncul, mana janji tak nak gunakan jentera kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, PRK Tanjung Piai amat penting kepada mereka kerana ia diadakan selepas Penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional selain selepas Belanjawan 2020.

Katanya, sama ada rakyat mampu menerima semua itu atau tidak, semuanya bakal terjawab.

"Namun saya harapkan keputusan positif sekali gus memberikan kesan baik kepada BN (Barisan Nasional)," katanya.

Artikel Berkaitan: