Itu Sri Lanka, ini Malaysia, Najib selar PH

Najib hairan kenapa ramai yang percaya propaganda bahawa Malaysia akan jadi Sri Lanka kerana projek ECRL.
Najib hairan kenapa ramai yang percaya propaganda bahawa Malaysia akan jadi Sri Lanka kerana projek ECRL.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan propaganda dimainkan PH yang mendakwa projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menyebabkan Malaysia menjadi Sri Lanka.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau hairan kenapa ramai orang mempercayai propaganda sebegitu, sedangkan kerajaan PH sendiri sanggup kehilangan hasil negara.

Katanya, ia boleh dilihat apabila PH kehilangan hasil RM40 bilion

dari langkah memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan memberi pelepasan tiga bulan tanpa cukai pada tahun lalu dan hilang sekurang-kurangnya RM25 bilion setiap tahun akibat menggantikan GST dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

"Amat susah bagi saya untuk percaya mengapa ramai rakyat Malaysia boleh diperdaya dan percaya propaganda PH bahawa Malaysia akan menjadi Sri Lanka kerana projek ECRL.

"Itu Sri Lanka, ini Malaysia," katanya menerusi perkongsiannya di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan mempersoalkan asas digunakan kerajaan hari ini hingga projek ECRL itu dikatakan boleh menyebabkan Malaysia tergadai atau terpaksa memajak tanah kepada China seperti dilakukan Sri Lanka.

Katanya, kos ECRL ialah RM55 bilion tetapi PH dakwa harga sebenar ECRL kini ialah RM81 bilion.

Artikel Berkaitan:

"Jika mereka dengan senang-senang boleh jarah RM82 bilion dari Petronas untuk tahun lepas dan tahun ini, kos RM55 atau RM81 bilion ECRL sudah tentu boleh dibayar sekali gus.

"Tidak kira dana-dana yang lain, rizab wang tunai Petronas pun sudah mencecah RM170 bilion sebelum PRU14. Tentu kos ECRL dengan mudah dapat dibayar sepenuhnya dalam masa tiga atau empat tahun sahaja hanya dari perbezaan hasil GST dengan SST?," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan mempunyai banyak lagi rizab dan dana beratus bilion seperti di Khazanah Nasional dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketika pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan mencadangkan kerja pembinaan ECRL berjumlah RM81 bilion digantung dan kini kosnya dirunding semula.

Sebelum ini, Guang Eng berkata, kos asas pembinaan landasan kereta api sepanjang 688.3 kilometer itu berjumlah RM80.92 bilion selepas mengambil kira kos pengambilalihan tanah, faedah, yuran dan kos operasi.