Tiga termasuk dua pegawai kanan RTM ditahan SPRM

Latheefa Koya
Latheefa Koya
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga individu termasuk dua pegawai kanan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalah guna wang sebuah institusi zakat untuk program berbayar di stesen tersebut.

Tangkapan dibuat ke atas tiga individu itu termasuk suami kepada salah seorang pegawai kanan syarikat televisyen itu pada 7 Oktober lalu sebelum mereka direman selama empat hari.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya memberitahu, reman ke atas tiga suspek tamat pada Khamis lalu namun perintah tahanan reman dilanjutkan selama lima hari kepada dua pegawai kanan RTM terbabit.

"Setakat ini kita juga sudah mengambil keterangan 11 saksi termasuk tiga suspek tersebut.

"Siasatan masih berjalan dan kita masih belum dapat tentukan nilai wang yang disalahguna tapi berpuluh ribu," katanya pada sidang akhbar selepas program sambutan Ulang Tahun FAMA ke-54 dan Kempen Anti Rasuah Sempena Ulang Tahun SPRM ke-52 di Pasar Tani Seksyen 13 di sini hari ini.

Latheefa (dua dari kanan) tidak melepaskan peluang singgah dan membantu di gerai menjual ayam ketika sesi lelongan RM10 pada sambutan Ulang Tahun FAMA ke-54 dan Kempen Anti Rasuah Sempena Ulang Tahun SPRM ke-52 di Pasar Tani Seksyen 13 hari ini.
Latheefa (dua dari kanan) tidak melepaskan peluang singgah dan membantu di gerai menjual ayam ketika sesi lelongan RM10 pada sambutan Ulang Tahun FAMA ke-54 dan Kempen Anti Rasuah Sempena Ulang Tahun SPRM ke-52 di Pasar Tani Seksyen 13 hari ini.

Mengulas berhubung jumlah keseluruhan wang yang terlibat dalam kes itu, Latheefa berkata, jumlah sebenar masih dalam siasatan tetapi membabitkan wang puluhan ribu.

Terdahulu menurut sumber, pakej program berbayar tersebut untuk Ramadan lalu dengan membabitkan wang berjumlah RM120,000. Namun difahamkan wang yang diseleweng itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi individu yang ada kaitan dengan salah seorang pegawai kanan stesen penyiaran tersebut.

Artikel Berkaitan: