JDT II juara Piala Cabaran

Pemain dan pegawai JDT II meraikan kejayaan menjuarai saingan Piala Cabaran selepas menewaskan UKM FC menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Pemain dan pegawai JDT II meraikan kejayaan menjuarai saingan Piala Cabaran selepas menewaskan UKM FC menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
A
A
A

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) II menggunakan sepenuhnya pengalaman untuk menafikan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) menebus kekecewaan musim lalu apabila menewaskan The Varsity Boys itu pada aksi final Piala Cabaran di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam tadi.

Pada musim lalu The Varsity Boys dikecewakan Terengganu FC (TFC) II dengan agregat 4-2 selepas lawan menang 2-0 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Skuad kendalian Sulaiman Hussin itu yang kini mengikuti kursus kejurulatihan (Lesen Pro AFC) selama dua minggu di Jepun bermula pada 1 Oktober lalu dikemudikan Juzaili Samion dan Rezal Zambery Yahya tewas 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti kepada JDT II selepas kedua-dua pasukan terikat agregat 1-1

Aksi babak pertama menyaksikan dominasi pelawat namun ketangkasan penjaga gol tuan rumah, Khatul Anuar Md Jalil menafikan deretan percubaan kelab selatan tanah air untuk 45 minit pertama.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan menggandakan asakan, namun gol dicari akhir milik Mateo Roskam hasil jaringan pada minit ke-80.

Gol itu mengheret perlawanan ke masa tambahan seterusnya ke penentuan sepakan penalti yang menyaksikan pengalaman nyata milik pelawat untuk kemenangan 6-5.

Artikel Berkaitan: