Tun M terima Anugerah Khas Kelestarian Canselor USM

Tuanku Syed Sirajuddin menganugerahkan Anugerah Khas Kelestarian Canselor USM Dr Mahathir malam ini.
Tuanku Syed Sirajuddin menganugerahkan Anugerah Khas Kelestarian Canselor USM Dr Mahathir malam ini.
A
A
A

ARAU - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan Anugerah Khas Kelestarian Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini.

Penganugerahan berlangsung di Istana Arau sebelum Majlis Santapan Negeri sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin Ke-76.

Turut berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan isteri, Datin Seri Nor Aswana Omar.

Artikel Berkaitan: