Tabung Quran di Book2U

RJ Shahfaizal (duduk, dua dari kanan), Marhaini (berdiri, empat dari kiri) bersama kumpulan WUIF dan Book2U.
RJ Shahfaizal (duduk, dua dari kanan), Marhaini (berdiri, empat dari kiri) bersama kumpulan WUIF dan Book2U.
A
A
A

SHAH ALAM - Karangkraf Book2U Stores Sdn Bhd menjadi kedai buku pertama menyediakan Tabung Quran di lima cawangan bermula 9 Oktober ini.

Book2U berlokasi di One Plaza Kuala Selangor, Bukit Sentosa Rawang,Tesco Rawang, Tesco Jenjarom dan Penang Sentral Butterworth.

Pengurus Besar Karangkraf Book2U Sdn Bhd, RJ Shahfaizal Khairudin berkata, Book2U dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengambil inisiatif tersebut untuk membuka peluang kepada pelanggan berinfak.

Tabung Quran di bawah WUIF bertujuan menjana dana pembangunan bagi aktiviti al-Quran berteraskan tiga projek utama iaitu #QuranHour, Aktifkan #RumahNgaji dan Sahabat Quran.

“Sebelum ini, Book2U bersama WUIF dan rakan sinergi agensi kerajaan telah menyahut kempen berinteraksi dengan al-Quran dengan menganjurkan Malaysia #QuranHour di One Plaza, Kuala Selangor pada 30 Ogos lalu.

“Kini, Book2U membudayakan bacaan Surah Al-Kahf dalam kalangan staf di pejabat dan seluruh cawangan sejak tiga bulan lalu. Mudah-mudahan, ALLAH melimpahkan keberkatan dan rezeki kepada perniagaan kami,” katanya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan: