Pembayaran melalui KWSP elak penyelewengan: Kula Segaran

Kula Segaran
Kula Segaran
A
A
A

IPOH - Pembayaran insentif #MalaysiaKerja yang diumumkan pada Belanjawan 2020 semalam akan diuruskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, ia memastikan individu yang bekerja tersebut mempunyai rekod bersama KWSP.

“Insentif itu akan melalui KWSP kerana mereka ada rekod dan sebagainya, kemudiannya diserahkan kepada majikan dan seterusnya kepada pekerja.

"Ia perlu bagi memastikan individu yang bekerja itu benar-benar ada. Ia akan menimbulkan masalah jika diberikan kepada penerja. Jika majikan menyeleweng, kita tahulah apa yang akan jadi dan mereka mesti beri kepada individu yang bekerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Prihatin JobMalaysia 2019 di Taman Tema Animasi Studio (MAPS) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kaedah pembayaran insentif #MalaysiaKerja membabitkan #GraduanKerja, #WanitaKerja dan #WatanKerja sebagaimana diumumkan melalui pembentangan Belanjawan 2020 semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Datuk Mohd Jeffrey Joakim dan Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A Sivanesan.

Artikel Berkaitan: