Najib Razak 'troll' pengumpul duit lama, terima reaksi lucu netizen

Paparan tangkap layar Najib membalas Jessica yang dikatakan pengumpul duit lama.
Paparan tangkap layar Najib membalas Jessica yang dikatakan pengumpul duit lama.
A
A
A

SHAH ALAM - Komen bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai pengumpul wang lama mendapat reaksi lucu daripada netizen.

Wanita tersebut yang menggunakan akaun nama Jessica Smith menulis di ruang komen laman facebook Najib Razak bertanyakan mengenai wang syiling atau kertas lama.

Jessica menulis dalam ruangan komen, "Saya adalah pengumpul wang lama Malaysia, saya akan beli duit lama seperti syiling dan wang kertas. Adakah anda memiliki item tersebut untuk dijual?"

Najib kira-kira 5 minit kemudian membalas “Maaf Jessica, semua wang kertas lama di dalam rumah saya yang berusia lebih 20 tahun telah dirampas oleh kerajaan PH di mana mereka mendakwa ia adalah dari wang 1MDB walaupun 1MDB tidak wujud 20 tahun lepas."

Bekas Presiden UMNO itu juga turut meninggalkan pautan berita daripada Astro Awani yang bertajuk 'Mata wang asing lama, sijil perkahwinan dalam peti besi', yang telah dibuka pihak polis yang di dalamnya tersimpan mata wang asing lama miliknya yang kecil jumlahnya.

Antara reaksi lucu netizen berkenaan komen Najib.
Antara reaksi lucu netizen berkenaan komen Najib.

Komen tersebut kini tular di media sosial dan menjadi perbualan dalam kalangan netizen.

"Hahaa..awak buat saya tergelaklah Datuk Seri Najib. Terbaik bossku," kata Yip Wai Yee di ruangan komen Facebook Najib Razak.

Artikel Berkaitan:

Tulis Randolph Peters " Hahahahahaha, nasib saya tiada duit lama sebab mesti akan dirampas juga jika saya membalas mesej ini..mereka akan kata yang saya terima duit daripada IMDB..hahaha."