Anggota bomba terima elaun khas RM200 sebulan

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM35 juta untuk Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM35 juta untuk Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan mulai tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM35 juta bagi tujuan itu.

Menurutnya, insentif tersebut akan memberi manfaat kepada 14,400 anggota JBPM di seluruh negara.

Katanya, pemberian itu juga sebagai tanda penghargaan kepada perkhidmatan yang telah mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong.

"Selain itu, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam mulai 1 Januari 2020 dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Guan Eng berkata, kerajaan juga memberi bayaran secara one-off sebanyak RM500 kepada pemegang Pingat Jasa Malaysia melibatkan peruntukan keseluruhan RM35 juta.

"Sebagai menghargai pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia bantuan one-off itu melibatkan seramai 70,000 orang," katanya.

Artikel Berkaitan: