Suspek bunuh kerat lapan ditahan: PDRM

Anggota forensik mengangkat beg plastik berisi keretan mayat di Kampung Ladang, Krubong, Melaka, semalam.
Anggota forensik mengangkat beg plastik berisi keretan mayat di Kampung Ladang, Krubong, Melaka, semalam.
A
A
A

MELAKA - Polis hari ini telah menahan seorang lelaki warga Singapura disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam yang berlaku di Kampung Ladang, Krubong, Melaka, semalam.

Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim berkata, suspek ditahan dengan kerjasama polis Singapura, berdasarkan hasil maklumat risikan di tempat kejadian yang dipercayai berlaku dekat rumah teres dua tingkat milik mangsa di Taman Merdeka Jaya.

“Kita memohon waran tangkap di hadapan Majistret Melaka dan usaha untuk membawa suspek ke Malaysia sedang dijalankan.

“Siasatan lanjut akan diteruskan setelah tahanan reman ke atas suspek di perolehi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, siasatan khas telah dijalankan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati hanya sebahagian badan manusia sahaja dijumpai di kawasan semak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemotong rumput jumpa mayat di kawasan semak

“Berdasarkan maklumat risikan, tempat kejadian dipercayai berlaku di rumah milik mangsa iaitu rumah teres dua tingkat di Taman Merdeka Jaya.

Artikel Berkaitan:

“Pihak polis turut menjumpai kesan darah di bilik bawah kediaman tersebut dan percayai kes ini membabitkan seorang lelaki warga singapura yang ada kaitan dengan mangsa,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, media sosial hari ini turut ditularkan berhubung laporan pembunuhan kejam oleh seorang lelaki terhadap dua mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan ibunya berusia 27 tahun yang juga isterinya yang dikaitkan dengan penemuan mayat semalam.

Bagaimanapun, polis tidak mengesahkan kesahihan penularan kenyataan itu sebaliknya meminta media menggunakan kenyataan rasmi yang disediakan.

Petang semalam, polis menemukan mayat individu dipercayai lebih daripada seorang yang menjadi mangsa bunuh apabila bahagian tubuh ditemui berselerakan sekurang-kurangnya lapan bahagian di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong.