X

Kindly register in order to view this article
!

Langkah bergaya Belgium ke Euro 2020

Lukaku (tiga, kiri) meraikan jaringannya dalam perlawanan kelayakan Euro 2020 di Stadium King Baudouin, awal pagi tadi. - Foto GOAL.COM
A
A

BELGIUM menjadi pasukan pertama berjaya layak ke Kejohanan Euro 2020 selepas membelasah San Marino 9-0 dalam aksi kelayakan di Stadium King Baudouin, awal pagi tadi.

Pengendali Belgium, Roberto Martinez gembira dengan kejayaan tersebut selain memuji persembahan pemainnya yang berjaya mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan dalam peringkat kumpulan.

"Disiplin dan sifat tidak pentingkan diri sendiri menjadi kunci utama kepada kejayaan pasukan ini.

"Saya sangat gembira dengan corak permainan yang dipamerkan, iaitu cara kami memanfaatkan peluang dan suasana dalam kalangan pemain," katanya.

Dalam perlawanan itu, Romelu Lukaku menjaringkan dua gol dan masing-masing satu gol daripada Nacer Chadli, Toby Alderweireld, Youri Tielemans, Christian Benteke, Yari Verschaeren, Timothy Castagne dan jaringan sendiri pemain San Marino, Cristian Brolli.

Pengendali berusia 46 tahun itu juga menjelaskan tindakannya menurunkan pemain Club Brugge, Hans Vanaken dan pemain muda, Verschaeren dalam kesebelasan utama pasukan.

Kata Martinez, dia mahu mencuba beberapa kombinasi dan percaya tindakannya itu tepat apabila Verschaeren turut menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

"Mereka tidak terlalu muda untuk menyertai skuad kebangsaan dan mereka tidak perlu pergi ke luar negara untuk meneroka potensi yang mereka ada.

"Prestasi Vanaken masih lagi berkembang di Belgium selain Verschaeren yang kelihatan cukup serasi dan sudah berada lama dalamm skuad ini," katanya.