Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman Belanjawan 2020

Belanjawan 2020
Belanjawan 2020
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini setelah minat belian terhadap mata wang tempatan pulih menjelang pembentangan Belanjawan 2020 petang ini, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1840/1880 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1960 ketika ditutup semalam.

Pakar Strategi Pasaran Asia-Pasifik Axi, Stephen Innes berkata, peniaga amat menantikan pengumuman Belanjawan 2020 dengan kemungkinan konflik belanjawan berhemat dan pertumbuhan akan bertembung dengan mata wang tempatan dan pasaran modal.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali pound British.

Unit tempatan kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8716/8760 daripada 3.9032/9080 ketika ditutup semalam dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0429/0469 daripada 3.0450/0485.

Ringgit stabil berbanding euro kepada 4.6041/6102 daripada 4.6238/6286 semalam tetapi turun berbanding pound British kepada 5.2020/2086 daripada 5.1373/1439. - Bernama

Artikel Berkaitan: