Hazard tidak setanding Ronaldo

Hazard bukan pemain tepat gantikan Ronaldo.
Hazard bukan pemain tepat gantikan Ronaldo.
A
A
A

BINTANG baharu Real Madrid, Eden Hazard dinilai bukan pemain tepat bagi menggantikan Cristiano Ronaldo di Santiago Bernabeu.

Bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger berkata, dia melihat prestasi Hazard ketika bersama Chelsea dan sukar untuk pemain kelahiran Belgium itu menandingi impak yang dilakukan Ronaldo di kelab gergasi Sepanyol itu.

“Dia (Hazard) tidak akan menjaringkan 50 gol semusim kerana itu bukan corak permainannya. Real memerlukan seorang penyerang yang tajam di hadapan gol.

"Bagi saya, peranan Hazard hanya mencipta peluang kepada penyerang dan hanya sesekali menjaringkan gol," katanya.

Hazard melengkapkan perpindahan mewah ke Bernabeu pada jendela perpindahan lalu bagi mengisi posisi yang ditinggalkan Ronaldo selepas pemain Portugal itu berhijrah ke Juventus, musim lalu.

Sepanjang empat penampilan dalam saingan La Liga musim ini, Hazard hanya mampu menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan gol pada aksi menentang Granada baru-baru ini.

Bagaimanapun, kata Wenger, pemain berusia 28 tahun itu akan memainkan peranan besar musim ini dan dalam masa yang sama pengendali Real, Zinedine Zidane perlu mencari pemain sesuai sebagai gandingan Hazard di jentera serangan.

"Hazard bukan seperti Ronaldo yang mampu mengelecek lawan dan menjaringkan gol. Dia memerlukan bantuan pemain lain untuk menyudahkan peluang yang diciptanya," katanya.

Artikel Berkaitan: