Isu broadband: Menteri berterima kasih kepada TM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam. - Foto Bernama
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengucapkan terima kasih kepada Telekom Malaysia (TM) atas responsnya mengenai aduan jalur lebar dan komitmennya untuk meningkatkan perkhidmatan.

" Harap akan dapat membincangkan cadangan minggu hadapan. Yakinlah bahawa kerajaan bersedia membantu di mana mungkin bagi mencapai penyelesaian yang memberi manfaat kepada semua pihak, "katanya dalam ciapan twitternya hari ini.

Semalam, TM mengeluarkan satu kenyataan bahawa syarikat itu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pelanggannya dan memberi penjelasan mengenai aduan mengenai perkhidmatan jalur lebar, Streamyx.

Syarikat itu mengharapkan kolobrasi “ menang menang” dengan kerajaan untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh pelanggan Streamyx secara tuntas.

TM mengulas kenyataan Gobind yang meminta TM memberikan penjelasan dan mencadangkan penyelesaian mengenai ketidakpuasan pelanggan terhadap perkhidmatan Streamyx. - Bernama

Artikel Berkaitan: