Muhyiddin dahului senarai 566 penerima darjah

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

MELAKA TENGAH - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului senarai 566 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri sempena sambutan ulang tahun ke-81 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob hari ini.

Setiausaha Kerajaan Melaka, Datuk Hasim Hassan berkata, Muhyiddin merupakan penerima tunggal Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Dalam sidang media di sini beliau berkata, Muhyiddin merupakan antara 165 penerima yang akan menerima darjah kebesaran pada sesi penganugerahan pertama, Sabtu ini, diikuti sesi kedua melibatkan 247 individu dan sesi terakhir seramai 154 individu pada 4 November ini.

Hashim berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub; Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Datuk Seri Mohammad Mentek dan beliau sendiri ialah antara 13 individu menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Penerima DGSM lain ialah Ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Rashpal Singh; Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Kamaluddin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif MAMEE Double Decker (M) Sdn Bhd., Datuk Pang Tee Nam, Principal GB Architect; Datuk Giles Bien Chia Hsui;Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Amir Hamzah Azizan.

Pengarah Lonnix (M) Sdn Bhd., Piong Teck Min, Pakar Perubatan Gastroenterologi Hospital Assunta, Datuk Seri Dr L Suresh Raj, Pengarah Urusan TOBE Property, Teo Shiok Fu dan Pengerusi One Belt One Road (Chamber of Commerce), Tan Thian Lai.

Hasim berkata, lapan penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira ialah Hakim Mahkamah Tinggi 1 Melaka, Datuk Ahmad Nasfy Yasin,Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia, Prof Dr Raha Abdul Rahim, Pengurus Perniagaan City Fair and Amusement, Liau Kim Choon, Pengarah syarikat Al-Khatiri Sdn Bhd., Datuk Shaikh Abdul Halim Shaikh Salah Marie AlKhatiri dan Pengarah Bunga Pertiwi Sdn Bhd., S. S. Bulwant Singh.

Artikel Berkaitan:

Seramai sembilan individu menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk iaitu Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Melaka, Noor Effandi Ahmad; Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Melaka, Ginie Lim Siew Lin; Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee.

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Dr Azhari Mohamed; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Ibrahim Mohamed; Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Ashraf Mukhlis Minghat.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Abdullah Isnin; Pengerusi PKR Melaka, Halim Bachik dan Pengerusi Eksekutif G3 Global Berhad, Wan Khalik Wan Muhammad.

Hasim berkata, seramai 77 individu menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk, antaranya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Gue Teck; Duta Malaysia ke Indonesia, Zainal Abidin Bakar; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya, Loh Seck Tiong; Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Dr Kamarudin Min.

Pengarah Hospital Melaka, Dr Hatijah Mohd Tan; Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Shamsul Ambia Abdul Aziz; Hakim Mahkamah Syariah Melaka; Mohd Nadzri Abdul Rahman; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Md Azhan Samat @ Limat; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mansor Sudin.

Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dr Sharazat Ahmad; Pengurus Besar Yayasan Melaka, Ahamad Kamel Ismail dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Abd Shukor Mahmood.

Selain itu seramai 49 individu akan menerima Darjah Seri Melaka (DSM), 27 orang Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 123 orang Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 147 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 104 penerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan lapan individu menerima Pingat Khidmat Lama (PKL). - Bernama