Tutup muka kebas wang tabung masjid

Aksi seorang individu mencuri wang tabung masjid dirakam CCTV tular di Facebook.
Aksi seorang individu mencuri wang tabung masjid dirakam CCTV tular di Facebook.
A
A
A

SABAK BERNAM - Pengurusan Masjid Al-Fitrah Kampung Banting mengesahkan seorang individu mencuri wang tabung masjid dalam kejadian malam kelmarin.

Nazirnya, Mohd Nasir Abdullah berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang individu tidak dikenali memakai penutup muka ketika berada dalam masjid.

"Individu terbabit dipercayai cuba mencuri duit tabung pembangunan masjid dan tahfiz serta tabung anak yatim," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, semua duit tabung masjid yang terkumpul sebelum ini dikeluarkan bendahari pada Jumaat lalu.

"Mungkin suspek dapat curi duit tapi saya rasa tidaklah terlalu banyak, mungkin belasan ringgit sahaja," katanya.

Mohd Nasir berkata, pencuri dipercayai memanjat pagar belakang sebelum menyelinap masuk melalui pintu tepi masjid.

"Sehingga sekarang kami masih belum membuat laporan polis tentang kejadian itu.

"Kita akan memaklumkan kepada jemaah mengenai perkara ini sebelum solat Jumaat dan berharap mereka yang terlibat insaf dengan perbuatannya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, tular aksi individu mencuri wang tabung masjid yang dirakam CCTV di masjid itu.

Seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Norhisham Abdullah' memuat naik status dan video berdurasi 44 saat di sebuah laman Facebook, semalam.