Tiada Bajet Bayangan daripada BN tahun ini: Annuar

Annuar Musa ditemubual oleh wartawan di pekarangan Dewan Rakyat. FOTO:ZAHID IZZANI
Annuar Musa ditemubual oleh wartawan di pekarangan Dewan Rakyat. FOTO:ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pembangkang tidak akan membentangkan Bajet Bayangan pada tahun ini kerana polisi dan masalah yang dibentangkan mereka pada tahun lepas masih lagi sah.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pembangkang bukan seperti kerajaan yang perlu bentangkan belanjawan setiap tahun.

“Kita sebagai pembangkang, jadi bajet kita dari segi dasarnya kita kira sah selama dua tahun. Kalau kerajaan dia kena bentang setiap tahun kerana dia kena tahu jumlah yang diperlukan.

“Kita pembangkang fikir tidak perlu ada setiap tahun kerana kita bukan kerajaan lagi. Kita tidak bentang jumlah tapi kita bentang dasar dan ia sudah tetap begitu,” katanya.

Jelas beliau, setiap tahun polisi bertukar-tukar dan beliau merasakan tidak perlu membentangkan Bajet Bayangan saban tahun.

“Kalau kita bentang tiap tahun itu tidak perlu sebab polisi bertukar-tukar setiap tahun.

"Tahun depan kita perlu bentang lagi sekali sebab ada polisi baru yang dikemukakan oleh Muafakat Nasional,” katanya.

Tahun lalu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mewakili Barisan Nasional (BN) membentangkan Inisiatif Ekonomi Rakyat, satu ‘Belanjawan Bayangan’ 2019.

Artikel Berkaitan:

Antara cadangan dibentangkan adalah mengembalikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar tiga peratus.

Beliau berkata, walaupun kadar GST lebih rendah berbanding enam peratus semasa pelaksanaannya, ia dijangka dapat mengutip hasil lebih tinggi berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).